Wednesday, November 9, 2011

Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya (HR Abu Daud).

Okay assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 1Malaysia kepada semua makhluk dan manusia serta spesies spesies lain yang sedang bace entri ni, errrrr tu pon kalau ade orang bace laa kan. entri yang lepas2 aku asyik mengCOPYPASTE je so yang ni original dari aku okay, hoho. Based on hadith kat title atas tuu, mesti macam korang akan fikir entri ni pasal agame or kerohanian or spiritual gituu. SALAH okay, entri hari ni aku nak cite betape bergunenye hadith kat atas tu dalam kehidupan seharian kite. cewahh ade sesape rase nak lempang aku tak? miahaha.
okay2, meh laa kite start cite ni ye.

Cite nye camni, cube kalau tengah2 malam tetibe perot korg menendang2 (errr cam tak sesuai laa pulak menendang2) okey laaa, perot korg berbunyik2 lagu adam lambert tu mintak diisikan makanan then time tu pulak nasik ngan lauk semue dah habis dan korg rase korg akan mati kalau tak makan dalam mase satu atau due jam. apakah tindakan korang? hihihi kalau aku kan, aku pergi tengok mane2 abang aku yang belom tidor dan mulekan operasi memujuk agar mereka keluar belikan roti canai setige atau empat keping ataupon belikan beger mekdi, ahh over laa pulak. beger biase sudehh~

Tapi mostly dorg sangat malas nk pergi sebenarnye, dorg akan pergi belikan klu dorg yang lapar. kalau aku yg mintak mesti macam "alaaa kau pegi je laa tido, nnti esok pagi bangun kau mkn laa". ohh macam what the kan. tapi takde laa pulak dorg ckp "kau pegi laa beli sendiri, kau kan reti bawak motor". ohh lagi gile tahap tak hingat laa kan kalau dorg suroh aku yang pegi kuar tgh2 malam naik motor beli makanan. nnti aku kene kidnap sape nk selamatkan aku? superman?

Untuk membuat dorg termakan dgn pujukan aku, mase ni laa hadith atas tu dikeluarkan. CONTOH dialog kami [Aku ngan abg aku (Adib)];

JAM 12AM
Aku: Dib, boleh tak belikan beger ke, tomyam ke, lapar ahh.
Adib: Malas laa, dh tgh mlm ni. kau pegi tido laa.
Aku: Alaa aku lapar laa, mane boleh tido.
Adib: Kau suroh laa org lain, Awwab ke.
Aku: Kau ni, kau tak penah dgr ke hadith yang diriwayatkan Abu Daud, barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. pehh, kau taknak ke dapat camtu?
Adib: Dahlaa kau, pandai berkate2 pulak.
Aku: Bukan aku yang kate, hadith laa. best kot nanti kat sane sume hajat kau Allah tunaikan.
Adib: yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Aku: yess yahoooo yabedabeduuuuu~

See, betape bergunenye hadith berikut. Tapi bile fikir balik sape taknak Allah tunaikan hajat kite kan. Tapi kadang2 takyah kuarkan hadith pon, just gune psikologi ngan emosi je*hahahaha tak boleh blahh psikologi ngan emosi laa sangat. okay2 contoh macam hari tu aku pegi ou dengan kakak2 dan abang2 aku (wahh macam ramai je kakak2 dan abang2 aku kan) then aku teringin nak mkn big apple so berikut dialog kami [Aku dgn abg aku (Awwab)] :

Aku: Wab, jom pegi beli big apple, teringin~
Awwab: Kau ni tak reti kenyang ke, aku kenyang lagi ni haa.
Aku: Alaa, kau kenyang sebab pegi kenduri tadi, aku mane ikot.
Awwab: Padan muke, sape suroh taknak ikot tadi.
Aku: Alaa jom laaaa.
Awwab: Malas ahh, lenkali je laa. jomlaa balik.
Aku: Senyap dan menarik muke seposen, tapi dalam hati *fine fine fine fine fine fine
Awwab: Nanges laaa tu, jom ahh pegi big apple.
Aku: yess yahoooo yabedabeduuuuu~

seeeee, betape bergunenye fungsi merajuk. miahahahaha :D ehhh kejap.





haaaa tu laaa abang2 aku, yang kiri tu Awwab, yang kanan tu Adib. ade lagi due orang, nanti lenkali lahh turn dorang pulak. hoho.

tu je laa yang aku nak cite entri ni, nak bace bace laa, taknak bace sudah, pi main jauh2.
okey babai assalamualaikum :P


Wednesday, November 2, 2011

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. :)